Monday, April 6, 2009

Kenyataan Media JIM mengenai perlantikan Perdana Menteri ke-6

Sah Datuk Seri Najib Perdana Menteri Ke-6

Saturday, March 21, 2009

Jumaat = 23 Rabiul Awal 1430H = 20 Mac 2009

Ini merupakan tarikh yang penting kepada penulis. itu saja.

Sekian, terima kasih.

Sunday, February 15, 2009

Selesai sudah TOPS..

Selesai sudah Training of Palestine Speakers (TOPS)>>>

Wednesday, February 11, 2009

Baru selesai buat blog untuk rayuan dana SRIAAD

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, baru je selesai buat isi kandungan asas untuk blog rayuan dana pembinaan bangunan baru SRIAAD.

Sekarang ini, bangunan sedia ada SRIAAD sudah agak sesak dengan guru dan pelajar yang semakin bertambah. Bangunan baru ini sangat diperlukan untuk meneruskan misi pentarbiahan

Jom ramai ramai menyumbang..nak tau apa itu SRIAAD?
klik sini..>>> Rayuan Dana SRIAAD

Sekian.

Mohd Sufian
17 Safar 1430H
1.06 am

Thursday, February 5, 2009

Ceramah Palestin di Sek. Men. Teknik Dungun - 5 Feb 09

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi ceramah kesedaran isu palestin di SM Teknik Dungun bermula jam 9.00 mlm sehingga jam 11.00 malam.

Semua pelajar asrama seramai lebih kurang 200 orang pelajar, 10 orang guru, 40 orang pelajar UNITEN Muadzam Shah bersama sama menghayati kisah penderitaan saudara kita di Palestin.

Jumlah sumbangan yang terkumpul adalah sebanyak RM 919.20

Ceramah diakhiri dengan laungan

UP! UP! PALESTIN!!
DOWN! DOWN! ISRAEL!!


Semoga Allah mengampuni dosa kita semua.

Sekian.

sufi.mardhatillah
11 Safar 1430H

Wednesday, February 4, 2009

Ceramah Palestin di Surau Al Hikmah, Padang Midin

Assalamualaikum,

Pada 2 Feb 09, Saya telah mnyampaikan satu ceramah palestin - selamatkan Gaza! di Surau Al Hikmah, Padang Midin selepas Solat maghrib.

Alhamdulillah, surau yang sederhana besar itu dipenuhi oleh muslimin muslimat dari sekitarnya berjumlah hampir 70 orang.

ceramah bermula jam 8 mlm dan berakhir sekitar jam 9.30 mlm itu berjaya menarik perhatian jamaah yang hadir untuk mengenali isu palestin yang sebenar..

Surau tersebut telah melancarkan kutipan derma semenjak seminggu lalu dan berjaya mengumpul lebih 9,xxx.xx !

selepas ini, saya akan memberi ceramah kesedaran palestin di SM Teknik Dungun pada 5 Feb 09 selepas solat Isya'.

Sama sama kita menghulurkan bantuan walau apa cara sekalipun kepada saudara saudari kita yang mengantikan tempat kita mempertahankan bumi Al AQSA!

Sekian.

sufi.mardhatillah
8 Safar 1430H

Thursday, January 29, 2009

WE WILL NOT GO DOWN !!



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

Saturday, January 10, 2009

YA ALLAH...HANYA PADAMU KAMI BERSERAH...

Gambar gambar terkini kekejaman ISRAEL LAKNATULLAH!!

http://portail.islamboutique.fr/gaza2008/


WAHAI UMAT ISLAM..!!

BANGKITLAH KALIAN!!

sufi.mardhatillah
14 Muharram 1430H

Sunday, January 4, 2009

Solat is your character & your character is Solat



Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Didunia..... .

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!


Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah


Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!


Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!


Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!


Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!


Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!



Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!


Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!



Sambutlah seruan
'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan
'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!


Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!



Pada hari itu tiada berguna....
Harta, takhta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!


"Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan"

dicetakrompak dari
kembara-esq.blogspot.com

Friday, January 2, 2009

Kekejaman Israel LAKNATULLAH berterusan!!

Assalamualaikum,

Berita terbaru menyatakan angka syahid di Gaza telah melebihi 400 orang. Yang tercedera lebih 1000.

Pelancong pelancong dan penduduk asing di Gaza juga telah dibenarkan keluar dari oleh Israel LAKNATULLAH secara sistematik setelah mendapat 'kebenaran' dari parlimen Israel.

Adakah ini menandakan Israel LAKNATULLAH akan melancarkan serangan yang lebih besar lagi?

Di Amerika, sekumpulan penumpang MUSLIM telah diarahkan keluar dari pesawat di Reagon National Airport kerana disyaki mencurigakan.

Presiden AS mengkritik HAMAS kerana melancarkan roket ke wilayah Israel LAKNATULLAH dan menganggapnya sebagai keganasan.

Di Gaza, 1.5 juta penduduka bakal mengalami krisis kemanusiaan kerana bekalan makanan dan perubatan yang semakin berkurangan kerana keganasan Israel LAKNATULLAH.

Dr Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menyatakan dalam satu ceramah di Doha sebelum perhimpunan besar besaran membantah tindakan biadap Israel LAKNATULLAH ;

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut "

Kalau anda tiada perikemanusiaan, silalah lihat video pada link di bawah ini ;

Selepas serangan Israel LAKNATULLAH

Wahai Umat Islam! Bangkitlah Kalian!

sufi.mardhatillah
6 Muharram 1430H

Wednesday, December 31, 2008

Tahun baru 1430H dibuka dengan kekejaman Israel


Assalamualaikum,

Tiada yang lebih manis bagi setiap insan apabila menyambut tahun baru, pastinya mahukan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Dengan azam baru, harapan baru, mungkin juga 'niat' baru untuk tahun ini.

Namun itu tidak berlaku bagi saudara saudara kita di Palestin.

Mereka menyambut tahun baru dengan bedilan bedilan roket dan muntahan peluru dari tentera Zionis Laknatullah! Lihatlah berapa ramai orang orang awam yang terdiri daripada wanita dan kanak kanak yang terkorban!

Saya amat amat tersentuh apabila mendengar setiap berita berita mengenai Palestin. Apatah lagi sejak terlibat secara langsung dengan siri siri ceramah dan penerangan Isu Palestin ini sejak dua tahun lalu.

Kadangkala, hati ini terasa agak tenteram dan tenang seketika apabila terdengar berita mengenai perjanjian damai ataupun gencatan senjata..Terdetik di hati, 'Mungkin Allah telah mengabulkan doa kita semua'..dan buat seketika, Palestin seakan akan 'lenyap' dari hati ini..

Namun, Ujian Allah tetap hadir kepada hambaNYA yang beriman.

Keganasan yang terbaru ini menyeru kita semua agar terus istiqamah dalam membantu perjuangan Palestin! Walau apa cara sekalipun.

Teruskan menyumbang untuk Palestin.Sekurang kurangnya BERDOA.

Sekian.

sufi.mardhatillah
4 Muharram 1430H

Saturday, December 27, 2008

Selamat Datang ke blog minda-dakwah!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga sasaran untuk mewujudkan blog sendiri menjelang Muharram 1430H. Syukran syukran!!

Insyaallah, dalam blog ini akan dimuatkan segala perjalanan hidup tuan punya blog sehingga tuan punya blog ini menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Bagaimana perjalanan dan pengalaman hidup membentuk pemikiran dan minda tuan punya blog ini untuk terus menyumbang untuk dakwah Islamiah dan misi pengislahan yang serba mencabar.

Sejauhmana pemahaman tuan punya blog ini kepada rukun faham, ikhlas, 'amal, jihad, pengorbanan, ta'at, tetap pendirian, tajarrud, ukhuwwah dan thiqah akan dicatat dan dinilai disini..insyaallah..

Salam Tahun Baru Hijrah 1430H!

sufi.mardhatillah
29 Zulhijjah 1429H